KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, April 26, 2017

Jeruk Madu Pak Ali


Assalamualaikum..

Perasan tak sejak akhir-akhir ni Cik Nor jarang letak watermark kat gambar yang Cik Nor letak kat blog. Haha. Bukan ada muka Cik Nor tak apa tak ada watermark. Yang ada harus ada watermark takut di sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.huhu

Minggu lepas Cik Nor tak balik kampung sebab hari ahad kerja isnin pulak cuti. So melepak jer lah dihari minggu. Macam biasalah kalau dok rumah sewa tak ada kerja lain lain la, makan, tidur dan mengemas sikit-sikit. Hehe. Kalau boring keluar pergi bandar tawaf shopping compleks.haha.

Hari khamis tu rakan sekerja ke Pulau Pinang bersama bos Cik Nor untuk lawatan ke kilang apa ntah. Dalam hati Cik Nor, wah ke Penang sedapnya kalau diaorang beli jeruk madu Pak Ali. Ok, berangan dah kat situ.haha. Tolong jangan gelak k.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Pagi jumaat tu bangu awal sikit sebab lapar. Tapi still golek-golek atas katil lagi layan social media. Dok tengah-tengah syok melayan instagram or facebook, member yang pergi Penang tu call. Kak ada kat rumah ke? Tak balik kampung? Laju jer jawab..tak balik.  Siap tanya..nak kunci pejabat ke? Sebab sebelum ni dia ada cakap nak masuk pejabat. Eh.. bukan ..nak hantar jeruk. Jerukk? Wah..teruja jap..tak sangka dia tahu isi hati Cik Nor.haha

Alhamdulillah..dapatlah sebungkus jeruk madu Pak Ali. Korang pernah tak berangan macam Cik Nor then tiba-tiba dapat betul.hihi 

Tuesday, April 25, 2017

Sabun Pilihan Cik Nor


Assalamualaikum..

Semalam ingat nak updates pasal israk & mikraj tapi semuanya tinggal harapan.  Pergi Pulau Nami punya pasal la ni. Haha. Pulau Nami? Tunggu entry dia yer..hehe

Musim panas ni memang seksa sikit kalau berpeluh. Aduh melekit-lekit, rasa tidak selesa sangat. Tambah-tambah kat pejabat penghawa dingin rosak. Guna kipas jer, lagi la haru. Kalau boleh kat pejabat pun Cik Nor nak mandi. Tak tahan weh kalau berpeluh ni. Nak buat kerja pun tak selesa.

Oleh yang demikian Cik Nor memilih antabax sebagai pilihan Cik Nor. Mesti korang tertanya-tertanya kenapa Cik Nor tak guna yang jenis cecair. Cik Nor dah guna sebelum ni tapi rasa macam tak best kerana lepas mandi sabun tu rasa macam melekat lagi kat badan walaupun dah dibilas banyak kali. Kalau guna yang jenis buku ni  sekali bilas dah hilang kesan sabun tadi. Badan pun terasa segar sangat.

Dulu Cik Nor guna jenama lain tapi kawan Cik Nor cakap jenama tersebut mengandungi bahan yang boleh merosakkan kulit.  Terus Cik Nor bertukar kepada antabax sehingga sekarang. Ini lah sabun pilihan Cik Nor. Apa pula sabun pilihan korang? Jom sharing😊😊😊

Monday, April 24, 2017

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop Era 2017



Assalamualaikum..

Malam tadi penuh wall facebook dengan hashtag anugerah meletop era 2017. Cik Nor tengok live streaming tapi huwaaa.. internet too slow like a...haha. bertabahlah Cik Nor kenapa ko guna line kuning. 

Bagi yang tak tengok ni Cik  Nor share senarai penuh pemenang AME 2017.  Mesti terkejut kan malam tadi anugerah Lofattah kan? Banyak jugak diaorang sapu anugerah. Ini mesti penangan Suri Hati Mr Pilot.  Cik Nor tak dapat Mr. Pilot pun tak apa lah janji dapat Mr. Maritim..eh..tetibaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Senarai Penuh Pemenang AME 2017

Artis Baharu Meletop
Khai Bahar

Bintang Online Meletop
 Fattah Amin

Couple Meletop
Akim Ahmad & Stacy

Si Cilik Meletop
Yusof Iskandar (Anak Hairul Hazreen dan Hanis Zalikha)

Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

Penyampai Radio Meletop
Johan

Program TV Meletop
Taste Selebriti (  Neelofa )

Hos Meletop
Neelofa

Drama Meletop 
Suri Hati Mr Pilot

Pelakon Meletop
 Fattah Amin

Pelawak Meletop
Johan

Group/Duo Meletop
 Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyanyi Meletop
Siti Nordiana

Lagu Meletop
 Pencuri Hati - Ayda Jebat

Filem Meletop
 Munafik

Bintang Filem Meletop
 Fasha Sandha

Anugerah Meletop Lelaki 2017
Fattah Amin 

Anugerah Meletop Wanita 2017
Neelofa 

Tahniah kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya mungkin rezeki anda ditempat lain. InsyaAllah..eh..peminat Ayda Jebat ada ke kat sini? Tak boleh tulis lebih-lebih nanti ada yang meroyan kat komen pulak.hihi

Saturday, April 22, 2017

Kerana Ianya Bermakna


Assalamualaikum..

Malam ingat nak updates malam tapi memain punya pasal lewat lah jugak updates nya. Well macam korang tak kenal Cik Nor, kalau tak malam tak ada nya entry baru kat blog dia.so, kepada yang baru kenal Cik Nor, bertabahlah kalau datang blog Cik Nor tiada entry baru. Hehe. Yang dah lama kenal tu...faham-faham jer la.hihi

Kenapa tiba-tiba ada gambar jam? Tu bukan nak menunjuk jam baru atau jam mahal tapi ada cerita disebaliknya. Jam tu pemberian abang ipar sebagai ole-ole dari China. Kira bebal jugak lah nak rosak walaupun dah berkali jatuh.hehe. Jam tu rasanya bukan dia beli yang original pun. Rasanya dia beli kat pasar malam dan mungkin harga dia RM50.00 atau lebih rendah dari tu. Yang pasti dia tahan lasak dari yang lain. Kakak dan anak buah dapat jugak tapi semuanya dah rosak.huhu

Sebenarnya Cik Nor dah lama tak tukar bateri dia. Entah kenapa semalam tiba-tiba rasa nak pakai jam la pulak. Jam ni lain macam sikit, kalau nak tukar bateri kena pergi kat kedai jam berjenama sebab sebelum ni suruh adik tukar kat kedai jam biasa jer, diaorang cakap tak boleh buka penutup belakang tu. Adeii. Tu yang setahun sekali Cik Nor tukar bateri dia sebab malas nak redah jem dalam bandar Kota Bharu.

Masa tukar bateri tu, apek tu ada cakap jarum longgar then Cik Nor suruh dia baiki terus alang-alang dia dah buka untuk tukar bateri. 5 minit baiki dah siap. Senang hatila Cik Nor balik bila jam dah ok. Bangun tidur tu tengok jam, eh kenapa tak gerak. Tengok ada 1 berlian ke apa ntah orang panggil, tercabut. Goncang-goncang hidup kejap then mati balik. Ni tak boleh jadi ni, hari ni pergi semula kedai jam apek tu. Dia pun cakap ni banyak benda dah nk tercabut, adoii..geram jer nak sound apek tu, semalam apasal ko tak baik terus masa aku suruh betulkan jarum yang longgar tu. Dia macam malas nak layan Cik Nor, tapi Cik Nor slow talk suruh dia check betul-betul dan tinggalkan sekejap.

Fuhh..nasib baik tak kena cas lain. Kalau tak masak Cik Nor. Semalam dah kena RM15.00 tak kan hari ni kena lagi.hehe. Korang ada pengalaman macam Cik Nor tak?

Friday, April 21, 2017

Melabur Untuk Berseri | InnerShine Pati Prun Dengan Camu-Camu




Melabur Untuk Keserian Dalaman Yang Lebih Menyerlah


Assalamualaikum..

Setiap wanita mesti ingin kelihatan tak kira di usia mana. Betul tak korang semua? Malah Cik Nor sendiri pun teruja bila kecantikan itu terserlah tapi korang mesti ingat, kecantikan tu harus ada pengorbanan. Uikk..ayat kemain kan Cik Nor ni. Hehe. Bukan korban apa pun sebenarnya. Korban duit sikit jer. Untuk beli apa? Meh la sini Cik Nor nak cerita pasal produk terkini Innershine yang terlaris dipasaran.

InnerShine® mengesyorkan para wanita supaya melabur untuk kesejahteraan dan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Tekanan hidup seharian boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita yang menyebabkan berlakunya masalah penghadaman dan kulit yang nampak lesu.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang diperkaya dengan Resistant Maltodextrin – sejenis serat diet larut. Pati prun yang membantu mempertingkatkan pergerakan usus, membantu menyingkirkan toksin dari tubuh dan memulihkan kesihatan serta menggalakkan sistem penghadaman yang sihat, secara tidak langsung membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.

Kerjasama terbarunya bersama dua ikon kecantikan dan fesyen media sosial, Nita dan Umma, yang masing-masing menjual gincu cecair premium serta tudung membantu  mendapatkan keserian luaran yang lebih menyerlah,




Sehingga 30 April, pengguna berpeluang mendapatkan sebotol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu 42gm, apabila mereka membeli produk daripada Nita dan Umma bernilai lebih RM69. Tawaran ini terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, jadi segera mulakan belian dalam talian sekarang.

Jika anda lebih gemar mengunjungi pusat membeli belah, InnerShine® akan memberi ganjaran lebih tinggi apabila anda membeli dua pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu yang mengandungi 12 botol kerana anda bakal menerima pek minuman tenaga BRAND’S® Ca’ya yang mengandungi 6 botol secara percuma! Sementara itu, pembelian pek InnerShine® 6 botol atau 12 botol pula memberikan anda pulangan sebotol BRAND’S® Ca’ya.





Mulakan melabur pada kesihatan dan kecantikan anda hari ini dan kunjungi farmasi Guardian dan Watsons terpilih seluruh negara sebelum promosi ini berakhir bulan depan.


Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, atau layari www.innershine.com.my dan juga InnerShine Club di Facebook.

Hadiah Menang Giveaway


Assalamualaikum..

Malam ni ingat nak updates blog awal tapi apa kan daya borak itu lebih menarik perhatian. Haha. Ni lah kan orang kata, perempuan kalau borak memang tak ingat dunia. Eh betul ke?πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Comel kan sepasang selipar tu? Tu bukan sebarang selipar tu fridge magnet tau. Hehe. Mana Cik Nor dapat? Baca tajuk pun korang dah tahu dari mana cuma korang tak tahu Cik Nor dapat dari siapa kan? Hehe. Hadiah ni dah 2 3 hari kot dapat tapi malam baru berkesempatan buat entry pasal ni. Hehe

Hadiah ni Cik Nor dapat dari blogger JDT tu, siapa lagi kalau bukan akak Mia a.k.a http://www.mialiana.com. korang mesti kenal dia kan. Blogger tersohor tu.  Dulu masa mula menulis blog Cik Nor banyak berguru dengan dia. Dari blog nak jadi arwah hinggalah diselamatkan semula, Kak Mia lah banyak membantu. Terima kasih Kak Mia.

Banyak pulak membebel Cik Nor ni kan? Entry yang Cik Nor join giveaway tu Sini yer. Kalau rajin boleh lawat.hehe.  Cik Nor saja jer join sebenarnya. Tak sangka pulak ada luck. Alhamdulillah.Cik Nor gila mengumpul fridge magnet tu nak jer hadiah dia fm, terus la join. Menang atau kalah belakang kira. Tak gitu kawan-kawanπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Korang suka kumpul apa yer?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...